Friday, November 18, 2011

S.P.M :)


Sijil Pelajaran Malaysia

Awak buat saya dipinggirkan. Awak buat kawan-kawan saya semua sibuk. Awak buat saya rase sunyi. Awak buat semuaorang suruh saya belajar. Awak buat saya takut kalau saya kecewakan mak bapa saya. Awak buat saya tak cukup tidur. Awak buat saya takut dengan sehelai kertas. Awak buat saya sakit kerana awak.

Saya akan pastikan lepas selesai SPM ni saya nak bina hidup baru. Hidup tanpa virus-virus kat sekolah tu and saya berdoa agar saya ada rezeki dapat result yang baik. Harap-harap saya tak banyak fail. Saya juga harap kenangan tahun SPM ni dapat dilupakan dan aku doakan si dia hidup dengan bahagia. SPM ni banyak dugaan dia. Macam-macam dah saya diduga. Saya tahu saya kene kuat hadapi semua ni.Saya akan merindui budak kelas saya juga, tak dapat bayangkan hidup tanpa korang. Hope korang tak lupa aku.

Dah 4 paper lepas tinggal lagi 5 paper. Hadoi, hati ni tak tenang lagi nak buang masa tapi tekanan dia lain macam bila 24jam hadap buku je. Bila xhadap hati tak senang. Saya risau betol paper akaun dengan ekonomi saya. Kalau paper Add math tu saya surrender awal-awal,hihi. Kalau dah senang, senang sangat. Kalau susah,susah sangat. Risau Risau Risau.

Ape-ape pun doakan SPM saya oke kawan-kawan :)